Ana,aku mencintaimu lebih dari yang kamu tahu.Aku rasa sedih bila dapat tahu kmu suka seseorang.Apalah dosaku sehingga aku tidak dapat mencuri hatimu?Bagaimanakah akan kuresapi impianku ini menjadi kenyataan?Sememangnya aku tidak ada pengalaman dalam cinta,disebabkan aku tidak pernah bercinta.Aku hanya pernah meluahkan perkataan cinta hanya kepadamu dan seorang gadis bernama ain,namun aku tidak dapat mencuri hatinya(ain),entah mengapa dia tidak mencintaiku.Berkemungkinan aku ini jahat iatah dia tidak sudi.Aku ibaratkan diriku sebagai serpihan kaca bertaburan di tanah menungu seseorang untuk membersihkan serpihan kaca tersebut.Namun tidaklah mengapa,aku faham perasaan mu ain kerana sememangnya kamu hilang kepercayaan terhadap lelaki disebabkan dia dikecewakan oleh lelaki.Namun ain sudah kembali dan dia mula mencintai seorang jejaka yang mana jejaka tersebut seorang teman aku.Jejaka itu baik,jujur dan setia kepada ain,ain memilih jejaka yang baik dan pilihannya itu sememangnya bagus.Pada mulanya,aku tidak dapat menerima hakikat yang mana ain bersama jejaka itu tetapi lama-kelamaan aku dapat membiasakan diri dan mula bertegur sapa dengan ain atas dari nasihat beberapa teman aku.Aku akui,aku masih mencintainya walaupun dia sudah bersama jejaka itu kerana ain adalah perempuan pertama yang aku pernah nyatakan perasaan cintaku kepadanya.
Ana,dia baik,pendiam dan sedikit pemalu.Aku mula menyukainya semasa kami mula berkenalan dan berjumpa.Aku akui aku mencintainya disaat itu tetapi perasaan cinta akan ia tidaklah terlalu sedalam-dalamnya disebabkan aku pada masa itu masih menungu jawapan daripada ain tetapi jangan silap ana masih terpahat dihatiku.Sebaik sahaja aku mendapat jawapan dari ain yang mana dia tidak sudi memenuhi hasratku untuk memiliki dia,aku menungu dalam beberapa bulan untuk tenangkan diri sekejap.Aku berfikir untuk memiliki hati wanita,tidaklah terburu-buru.Langkah pertama,aku mulakan dengan memulakan topik perbicaraan dengan ana kerana aku mengetahui dia tidak akan bercakap selagi aku tidak mempelawa dia bercakap,sememangnya ana seorang yang pendiam.Aku berpendapat dengan cara ini,akan dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan diantara kami berdua,namun aku tidak menyentuh topik perbicaraan tentang dirinya kerana aku tidak ada hak untuk mengetahuinya dengan lebih terperinci.Satu ketika,aku ingin menyatakan yang aku mencintainya tetapi disebabkan aku belum dapat menerima segala kekecewaan,aku membatalkan hasratku dulu.
Selang beberapa minggu,aku giat berfikir untuk mengatakan hasratku kepada ana namun perasaan malu dan takut menghantui diriku.Oleh itu,aku meminta pertolongan daripada beberapa orang temannya untuk memberitahu hasratku itu.Seorang daripada mereka memberitahuku bahawa ana telah menyukai seseorang,kesal bercampur sedih meganggu fikiranku.Dengan itu, aku ingin meminta maaf melalui dari kemudahan alat komunikasi iaitu chating.Dalam beberapa hari aku menunggu ana tetapi dia tetap tidak timbul-timbulnya.Aku merasakan dia seakan marah kepadaku dan membuatkan aku rasa serba salah.Aku lega bila dia mengatakan dia tidak marah kepadaku.
Aku merasa sedih,dua wanita tidak dapat memenuhi impianku untuk bersama.Namun aku membuat keputusan,aku akan mengatakan hasratku itu kepada ana secara bersemuka pada satu hari yang bagiku baik.
Ana aku sememangnya mencintaimu,aku ingin mendekati mu.Ana…’(,bagaimana akan kuresapi semua ini dan jadikan satu kenyataan.Owh tuhan,berikanlah aku jalanya,taufik dan hidayatmu.Ana satu-satunya dalam hati aku.Entah apakah dia merasa apa yang aku rasakan.
Ana semoga kamu membaca apa yang aku buat selama ini.Aku bermohon agar kamu membaca.Mairamia,beritahukan ana supaya dia membaca apa yang aku buat ini.Please..Thanks//


